Lawatan Verifikasi Projek Gereja BEM Nanga Bangkit Ili, Spaoh
Lawatan Verifikasi Projek Gereja BEM Nanga Bangkit Ili, Spaoh
22 Januari 2026
Betong
UNIFOR telah mengadakan lawatan verifikasi ke tapak Projek Gereja BEM Nanga Bangkit Ili, Spaoh yang telah bermula sejak tahun 2017 tetapi masih belum siap sepenuhnya.
Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR bersama pasukan UNIFOR dan Pegawai Juruukur Bahan (QS) dari JKR Sarawak, bagi menilai keadaan semasa struktur bangunan serta pelaksanaan bantuan dana yang telah disalurkan sebelum ini.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan sebenar dan mencari jalan terbaik supaya pembinaan gereja ini dapat disiapkan dalam tahun ini, demi keselesaan dan manfaat komuniti setempat.