KUCHING, 5 Mei 2025 – Pusat Service Sarawak Kuching telah menjalankan satu program khas bertempat di Pusat Pelajar, UiTM Kampus 1, yang bertujuan membantu para pelajar dalam pendaftaran SarawakID sebagai langkah awal untuk memohon Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025.
Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4 petang ini menyaksikan penglibatan aktif para pelajar UiTM dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan, termasuk:
✅ Pendaftaran SarawakID dan SPAY Global
✅ Pengemaskinian maklumat SarawakID dan SPAY Global
✅ Penerangan mendalam mengenai fungsi dan kepentingan kedua-dua platform digital tersebut
✅ Bantuan praktikal dalam penggunaan aplikasi SPAY Global
✅ Tunjuk ajar langkah demi langkah untuk mendaftar Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak 2025
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memperluaskan penggunaan perkhidmatan digital dalam kalangan pelajar serta memastikan proses permohonan bantuan kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisien.