Service Sarawak Kuching - Sesi Perkongsian bersama JKR Kuching
9 OGOS 2024, Kuching - Service Sarawak Kuching telah mengadakan Sesi Perkongsian mengenai Sarawak ID dan Service Sarawak pada 9 Ogos 2024 bertempat di Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan latar belakang dan fungsi Service Sarawak.
Antara pengisian yang telah dijalankan adalah praktikal cara menggunakan aplikasi Service Sarawak dan membuat langganan bil menggunakan aplikasi dan memberi pendedahan kepada kakitangan JKR mengenai inisiatif yang terdapat di dalam portal atau aplikasi Service Sarawak.