90 Penjaja Daftar Sebagai Pengguna SPay Global

Disiarkan pada 19 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS



ENGKILILI: Seramai 90 penjaja di Daerah Lubok Antu telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi SPay Global dan TNG eWallet.

 

Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) menganjurkan Bengkel Penyeragaman Penerimaan Pembayaran Melalui SPay Global & TNG eWallet bertujuan menjelaskan cara mendaftar dan menggunakan aplikasi berkenaan pada Khamis.

 

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha MDLA James Girum menekankan kelebihan sistem eWallet kepada para pengguna adalah mengelakkan penggunaan duit palsu dan memudahkan transaksi tanpa tunai serta ketersediaan paparan rekod transaksi.

 

Katanya, orang ramai sekarang tidak perlu berbaris panjang seperti zaman dahulu untuk melakukan pembayaran bil atau membeli barangan dengan menggunakan aplikasi SPay Global dan TNG eWallet.

 

Untuk rekod, seramai 673,000 pengguna dan 90,000 peniaga telah mendaftar dan menggunakan SPay Global setakat hari ini. -EDISI UKAS