Karnival Sukan SUK Se-Malaysia 2024: Datu Buckland Lakukan Penyerahan Simbolik Papan Karom

Disiarkan pada 18 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Chef-De-Mission Kontinjen SUK Sarawak, Datu Buckland Bangik telah melakukan simbolik penyerahan papan karom beserta peralatan sokongan karom di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa.

Penyerahan peralatan tersebut adalah bagi persiapan menghadapi Karnival Sukan SUK Se-Malaysia Ke-9 2024 yang akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 14 hingga 20 Oktober depan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Nazrie Sulaiman berkata, dengan adanya kemudahan dan kelengkapan papan karom itu, ia diharap dapat membantu penyesuaian awal pemain-pemain Sarawak serta melancarkan latihan mengunakan papan karom yang akan digunakan di Terengganu kelak.

Jelas beliau, komitmen dan kesungguhan para pemain dan jurulatih patut dipuji kerana memberi kerjasama yang cukup baik.

"Kita optimis misi tersebut mampu dicapai berdasarkan kepada persiapan rapi bagi mempersiapkan pasukan untuk dipertaruhkan kali ini.

"Persiapan kita selama beberapa minggu ini akan menampakkan positifnya terutama dari segi pendedahan dan ini juga sebagai bekalan motivasi untuk dibawa ke kejohanan nanti serta diharapkan kita dapat mencipta sesuatu di Terengganu nanti," katanya. -EDISI UKAS