Dato Sri Julaihi Narawi Tinjau Operasi NADi Kampung Sampat Sebangan

Disiarkan pada 15 Sep 2024
Sumber Berita: UKAS


SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi, telah mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Kampung Sampat Sebangan pada Sabtu.

Dalam lawatan tersebut, beliau mendengar sesi taklimat daripada Pengurus NADi mengenai operasi Pusat NADi Kampung Sampat Sebangan yang baru memulakan operasinya.

Taklimat tersebut bertujuan memberikan pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di NADi, serta memperkenalkan fungsi dan manfaat pusat tersebut kepada komuniti.

Pengurus NADi juga menyampaikan maklumat mengenai operasi NADi di Kampung Sampat Sebangan dan mempromosikan pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pusat tersebut.

Kewujudan NADi di Kampung Sampat Sebangan diharap dapat memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dengan meningkatkan kemahiran digital, menjana pendapatan melalui platform e-dagang, dan merapatkan jurang sosioekonomi. –EDISI UKAS