BELAGA: Sebuah rumah panjang baharu yang mempunyai 30 pintu mula dibina di Kampung Punan Ba, Sungai Toba bermula 5 September lepas.
Menurut kepercayaan budaya kaum Punan, tarikh tersebut telah dipilih kerana anak bulan di fasa bulan yang baru merupakan hari yang baik dan sesuai untuk mendirikan rumah baru.
Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah Baru Kampung Punan Ba, Sungai Toba telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang bersama isterinya, Datin Rosnie Bilang pada Khamis.
Turut hadir dalam majlis tersebut wakil Pegawai Daerah Belaga Caroline John Sikie, Temenggong Ajang Sirek dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Punan Ba, Sungai Toba Medani Tukang.-EDISI UKAS