BINTULU: Sarawak telah dipilih untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Sepak Takraw Asia Pantai di Qingdao China yang akan diadakan pada 17 hingga 24 September 2024.
Keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.
Senarai pemain - pemain juga telah diserahkan kepada Sarawak untuk menentukan senarai senarai pemain yang akan mewakili pasukan Sarawak dalam kejohanan itu.
Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Sarawak dipilih kerana penghargaan dan motivasi kepada Pasukan Sepak Takraw Sarawak (PSS) dengan menyediakan kemudahan sekretariat yang terbaik sepanjang penganjuran SUKMA.
Katanya, potensi dalam kalangan pemain-pemain muda yang hebat dari Sarawak juga bakal mengharumkan nama Malaysia dan Persatuan di Peringkat Antarabangsa.
Dalam sidang media tersebut, beliau juga memuji prestasi apit kanan regu lelaki Sarawak, Abang Ajmal Shauqi Abang Mohamad Fauzi.
Katanya, pemain tersebut bermain begitu baik sekali dan bakal terpilih untuk menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti. – EDISI UKAS