Kejohanan Olahraga MSSB Ke-20 Labuh Tirai

Disiarkan pada 04 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS


BETONG: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Betong ke-20 2024 kini melabuhkan tirainya.

Kejohanan olahraga tersebut pada tahun ini turut disertai 14 kontinjen sekolah menengah dan lapan sekolah rendah.

Apa yang menariknya, pada tahun ini kejohanan tersebut turut disertai oleh kontinjen Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) bagi kategori sekolah menengah dan Sleekolah rendah.

Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, penglibatan yang menyeluruh ini amat membanggakan kerana telah mempamerkan semangat kesukanan yang begitu tinggi dalam kalangan para atlet.

Untuk rekod bahawa terdapat 32 rekod baharu dalam acara padang dan balapan yang dicipta oleh para atlet pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Betong Kali Ke-20 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Ricard turut mengumumkan peruntukan bernilai RM20,000 kepada pihak PSKPP Bahagian Betong bagi membiayai sebahagian kos kontinjen Bahagian Betong ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Negeri Sarawak di Sri Aman pada September nanti.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Mohamad Lea Alamsah, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Awet Gapor, Pengetua SMK Saratok selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan, Beritin Empawi dan Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Krian, Kiplie Ali.-EDISI UKAS