Mohd Chee Adakan Sesi Randau Bersama SJK Chung Hua Kabong

Disiarkan pada 26 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS


KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir telah mengadakan sesi randau bersama pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Kabong di Kabong pada Rabu.

Pada sesi itu, beliau telah dibawa oleh pihak pengurusan untuk melihat beberapa prasarana sekolah yang sedikit uzur dan memerlukan penambahbaikan.

Mohd Chee juga diberikan taklimat ringkas oleh Guru Besar SJK Chung Hua Kabong, Chua Sok Kheng mengenai cadangan pembinaan beberapa blok bangunan sekolah yang baru.

Terdahulu, beliau telah menyerahkan sumbangan geran kepada pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SJK Chung Hua Kabong dan kepada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah SJK Chung Hua Kabong masing-masing berjumlah RM6,000.-EDISI UKAS