SEBUYAU: Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) bersama Pejabat Daerah Sebuyau telah menganjurkan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) di Kampung Tebelu di sini pada Rabu.
Seramai 30 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Zon Sebuyau telah menghadiri sesi tersebut yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.
Objektif program ini memperkasa aktiviti ekonomi komuniti serta meningkatkan pendapatan setempat dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat.
Selain itu, tujuan utama program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhubung dengan pengisian maklumat permohonan ke dalam sistem SejaTi MADANI.
Hadir sama, wakil SDO Mohd Rahman Sani dan wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih. -EDISI UKAS