SMK Bintulu Muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga MSSB Bintulu Kali Ke-22

Disiarkan pada 22 Jun 2025
Sumber Berita: UKAS


BINTULU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu muncul juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Bintulu Kali Ke-22 yang berlangsung selama empat hari di Stadium Bintulu.

Dengan pungutan 32 pingat emas dan 323 mata keseluruhan, SMK Bintulu berjaya mengetepikan saingan hebat daripada sekolah lain.

Tempat kedua pula disandang oleh SMK Kidurong, manakala SMK Sebauh berada di kedudukan ketiga.

Kejohanan yang berlangsung dari 17 hingga 20 Jun itu menyaksikan penyertaan seramai 1,027 atlet daripada 14 buah sekolah menengah sekitar Bintulu, Tatau, Sebauh dan Belaga.

Atlet Ryan Victor Bigger dari SMK Bintulu dan Annabelle Aran Kennedy dari SMK Belaga pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati MSSB 2025.

Kejohanan kali ini turut membawa berita gembira apabila Bintulu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSS peringkat negeri Sarawak pada tahun 2027 menjadi satu pengiktirafan terhadap keupayaan penganjuran di peringkat bahagian.

Majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-tugas Luar, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Steven Kong Kai Seng yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing pada Jumaat. -EDISI UKAS