KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mengumumkan barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi bagi sesi 2025-2028 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada malam Sabtu.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kekal sebagai Yang Dipertua, manakala Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua.
Naib Yang Dipertua Kanan disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, disertai Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom.
Manakala Naib Yang Dipertua PBB disandang oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.
Pengerusi Tetap parti ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar diikuti Jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha Agung yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman.
Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung (Bumiputera), mereka yang dilantik ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim.
Manakala dari sayap Pesaka, jawatan tersebut disandang oleh ADUN Serembu Miro Simuh dan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Maurice Joannes Giri.
Jawatan Bendahari parti dipegang oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara Dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan dibantu oleh Penolong Bendahari yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr. Ripin Lamat.
Ketua Penerangan pula disandang oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Penolong Ketua Penerangan pula ialah Dato Dr. Philip Raja.
Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih terdiri daripada Datuk Jefferson Jamit Unyat, Ir. Yusuf Abdul Wahab, Lidam Assan, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Abdul Yakub Arbi, John Ilus, Mohamad Duri, Senator Michael Mujah Lihan, Safiee Ahmad, Dato Dr. Richard Rapu, Datuk Abdullah Saidol, Datuk Mohd Razi Sitam, Awla Dris, Dr. Simon Sinang Bada, Razaili Gapor, Datuk Willie Mongin, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Dato Daniel Jubang Kanyan, Senator Dato Ahmad Ibrahim, Dato Paulus Palu Gumbang, Iskandar Turkee, PS Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Datuk Dr. Jerip Susil, Dato Dennis Ngau, Dato Henry Sum Agong, Sulhie Salleh, Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, Julaihi Mohamad, Leonard Jambu dan Jawan Nyaun.
20 Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik (pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sayap Bumiputera terdiri daripada sembilan orang iaitu Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Dato Idris Buang, Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahmad Johnie Zawawi, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Dato' Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Azizul Annuar Adenan, Dato Sri Mohd Naroden Majais, dan Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim.
Dari sayap Pesaka terdiri daripada 11 orang iaitu Tan Sri William Mawan Ikom, Dato Dr. Nuing Jeluing, Paulus Dandee Banyang, Romeo Christopher Tegong, Lesley Luyoh Akah, Wejok Tomik, Jampi Tutong, Fred Entau, Barnabas Kulor Kaoz Djunior, Patrict Miden, dan Cr. Adison Langgar Injan.
Wakil Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita seramai lima ialah Umang Nangku Jabu, Datuk Rubiah Wang, Dayang Noorazah Awang Sohor Datin Sri Angelina Ujang, Dato Sri Nancy Shukri,
Wakil Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda pula terdiri daripada lima orang iaitu Anderson Lah, Sufian Mohat, Martin Ngindang Richard Mullok, Afiq Fikri Brahim, dan Lyokarto Sikong.
Akhir sekali, Penasihat Undang-Undang bagi parti ini ialah Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah. -EDISI UKAS