KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak di Ibu Pejabat UKAS di sini hari ini.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah KWSP Wilayah Sarawak, Aminuddin Abdul Aziz dan kedatangan beliau serta rombongan telah disambut oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.
Dalam kunjungan ini, KWSP Sarawak telah menyuarakan hasrat untuk mengadakan program kerjasama strategik bersama pihakUKAS khususnya dalam aspek penyebaran maklumat meluas mengenai caruman, pengurusan akaun 1, 2 dan 3 KWSP dan produk-produk baharu KWSP.
Hadir sama Timbalan Pengurus Pejabat Wilayah, Zaifa Raziya, Ketua Perancangan Strategi Pejabat Wilayah, Nabila Hana dan sesi tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai-pegawai kanan UKAS.-EDISI UKAS