SONG: Sebanyak enam buah daripada 14 Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperuntukkan bagi daerah Song telah siap.
Pegawai Pejabat Daerah Song Willie Wilson Awan berkata, baki lapan buah rumah sedang dalam proses penyiapan.
“Secara keseluruhan projek yang dinilai hari ini sangat memuaskan, pemilik rumah juga berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor,” katanya demikian ketika ditemui semasa Lawatan Kerja Penelitian Akhir PPRT Daerah Song baru-baru ini.
Tambahnya, lawatan kerja ini bertujuaan untuk memastikan rumah yang telah siap mengikut spesifikasi projek yang di sediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Difahamkan, setiap satu projek PPRT yang dibina memakan kos sebanyak RM79,000.
Turut hadir Pegawai JKR Kapit Gani Magal serta wakil syarikat kontraktor. -EDISI UKAS