LINGGA: Suasana penuh kemeriahan menyambut kehadiran Program Jelajah Raya 2025 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Hilir Stumbin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, penganjuran majlis tersebut bertujuan untuk mendekati masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena sambutan Syawal.
Acara kemuncak majlis ini menyaksikan Dayang Noorazah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah, serta anugerah ‘Ladies/Man of the Night’ dan ‘Pertandingan Kanak-kanak Paling Comel’ yang memeriahkan lagi masjlis ini.
Turut hadir dalam program ini ialah Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Rosli Ana dan Ketua Kaum Kampung Hilir Stumbin Omar Rajak.
Program Jelajah Raya ini bukan hanya merayakan keindahan bulan Syawal, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan dan silaturahim antara penduduk setempat.
Dayang Noorazah berharap agar acara ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang kerana ia menyerlahkan lagi simbol keharmonian dalam masyarakat Kampung Hilir Stumbin. -EDISI UKAS