Sebagai langkah memastikan semua agenda (inisiatif kualiti & inovasi) dalam proses transformasi dilaksanakan di semua peringkat agensi kerajaan, maka adalah perlu bagi pihak pengurusan tertinggi kerajaan/jabatan ketua menteri untuk melihat dan melawat sendiri (turun padang) status pelaksanaannya.
Dengan pendekatan secara begini ianya akan mencermin keperihatinan kepimpinan tertinggi kerajaan dalam usaha memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan sekaligus dapat memotivasikan penjawat awam ke arah merealisasikan visi “A World Class Civil Service”.
Q-Visit Bahagian Bintulu adalah;
Siri ke 3 selepas Lawatan Menara Pelita dan Jabatan Kerja Raya Sarawak
Lawatan di luar bahagian Kuching yang pertama dilaksanakan.
OBJEKTIF Q VISIT
Mewujudkan pemahaman Pelan Tindakan SCS 10-20 ke arah merealisasikan Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia
Mengukuhkan pembudayaan inisiatif kualiti & Inovasi di peringkat organisasi serta menyemai inisiatif baharu
Mendapatkan input dan maklumbalas daripada agensi-agensi untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
Merakyatkan / merakankan perkhidmatan awam
FOCUS LAWATAN & PASUKAN TERLIBAT
Inisiatif Kualiti Dan Inovasi Serta Agenda Transformasi Pans (UPPQ)