Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Premier Sarawak
F.A.Q. JAR-SARAWAK

Q.

Apakah isu yang boleh dibawa untuk perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR)?

A.

Agensi boleh mengenalpasti isu JAR berdasarkan 4 terma rujukan iaitu (i) Dasar, Perundangan dan Peraturan; (ii) Sistem dan Prosedur Kerja; (iii) Pengukuhan Governans dan Integriti; (iv) Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk “Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 – Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan”.

 

 

Q.

Berapakah kekerapan mesyuarat JAR agensi harus diadakan?

A.

JAR Agensi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun, iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember; serta mengemukakan isu JAR selewat-lewatnya dua minggu sebelum Mesyuarat JAR-SARAWAK.

 

 

Q.

Adakah JAR-Jabatan perlu lapor kepada JAR-Kementerian?

A.

Ya perlu. Isu yang hendak dikemukakan seharusnya mendapat kelulusan Pengerusi JAR-Kementerian sebelum mengemukakannya kepada urus setia JAR-SARAWAK.

 

 

Q.

Adakah Jabatan perlu menjadi ahli kepada JAR-Kementerian?

A.

Ya perlu. Pengerusi JAR-Jabatan adalah ahli kepada JAR-Kementerian. Bagi jabatan yang tidak bernaung di mana-mana Kementerian / Agensi Induk, Pengerusi JAR-Jabatan adalah ahli kepada JAR-Jabatan Premier Sarawak.

 

 

Q.

Adakah Badan Berkanun perlu menubuhkan JAR?

A.

Ya perlu. Pengerusi JAR-Badan Berkanun hendaklah menjadi ahli kepada JAR-Kementerian. Bagi Badan Berkanun yang tidak bernaung di mana-mana Kementerian / Agensi Induk, Pengerusi JAR-Badan Berkanun menjadi ahli kepada JAR-Jabatan Premier Sarawak.

 

 

Q.

Adakah saya sebagai orang awam boleh mengemukakan cadangan isu anti rasuah / integriti / governans kepada JAR agensi?

A.

Anda boleh menyalurkan cadangan melalui TALIKHIDMAT atau saluran cadangan/aduan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan.

 

 

Kemaskini 24 Oktober 2022