Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Premier Sarawak
F.A.Q. OMBUDSMAN

Q.

Adakah saya perlu membayar perkhidmatan yang ditawarkan Ombudsman Sarawak?

A.

Tidak. Tiada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan yang ditawarkan Ombudsman Sarawak.

 

 

Q.

Bagaimanakah saya boleh membuat aduan kepada Ombudsman Sarawak?

A.

Aduan boleh disalurkan kepada Ombudsman Sarawak melalui panggilan telefon, surat-menyurat, secara semuka ataupun menggunakan aplikasi Whatsapp.

 

 

Q.

Berapa lamakah masa yang diambil oleh Ombudsman Sarawak untuk menyelesaikan aduan yang dikemukakan?

A.

Tempoh masa untuk sesuatu aduan diselesaikan adalah tidak melebihi 6 bulan bergantung pada kerumitan aduan.

 

 

Q.

Sekiranya saya tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang dicadangkan Ombudsman, apakah yang boleh saya lakukan?

A.

Anda boleh memohon untuk aduan dikaji semula dengan menyertakan bukti-bukti baharu.

 

 

Q.

Bagaimanakah sekiranya saya hendak membuat aduan terhadap kakitangan Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak?

A.

Aduan tersebut boleh disalurkan terus kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak.