Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Premier Sarawak
Frequently Asked Question F.A.Q.

Pekeliling Integriti Negeri Sarawak Bil. 1/2021 

GARIS PANDUAN PENGURUSAN HADIAH UNTUK PANS

1.

Apakah hadiah yang dibenarkan untuk diterima oleh penjawat awam?

Perintah Am 156 (1) membenarkan penerimaan hadiah dalam empat (4) keadaan berikut (tertakluk kepada nilai sepadan iaitu RM500 atau kurang):

1.    Pemberian peribadi dan tidak berkaitan tugas rasmi penerima;

2.    Penghargaan yang diberikan semasa majlis perasmian;

3.    Pengiktirafan atas perkhidmatannya semasa majlis perpisahan (persaraan, peletakan jawatan atau perpindahan tempat bertugas); dan

4.    Pengiktirafan atas khidmat diberikan semasa majlis anjuran mana-mana individu, badan atau organisasi.

2.

Jika hadiah yang diterima tergolong dalam empat (4) keadaan yang dibenarkan, tetapi nilai hadiah melebihi RM500, adakah perlu membuat permohonan kelulusan penerimaan hadiah?

Ya, perlu.

3.

Sekiranya seseorang penjawat awam menerima hadiah bernilai melebihi RM500 daripada pasangannya sempena ulang tahun perkahwinan, adakah hadiah tersebut perlu dilaporkan?

Ya, terutamanya jika si pemberi mempunyai kepentingan dalam tugas awam penerima dan pemberian tersebut boleh menimbulkan syak wasangka. Hadiah yang dibenarkan penerimaannya hendaklah tertakluk kepada nilai sepadan.

4.

Bolehkah penjawat awam menerima hadiah bersempena perayaan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas awamnya?

Apa-apa hadiah yang diberikan sempena perayaan tidak termasuk dalam penerimaan hadiah yang dibenarkan. Justeru, penjawat awam hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan hadiah.

5.

Sekiranya hadiah dihantar/diberikan kepada jabatan/agensi tanpa meletakkan nama penerima (contoh: musim perayaan), siapakah yang bertanggungjawab membuat permohonan kelulusan penerimaan hadiah?

Ketua Jabatan.

6.

Bagaimanakah hendak menganggarkan nilai sesuatu hadiah?

Anggaran nilai hadiah hendaklah dibuat oleh penerima. Semakan nilai hadiah boleh dibuat secara rawak melalui carian di laman web.

7.

Bagaimanakah permohonan kelulusan penerimaan hadiah dibuat?

Permohonan tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B: Permohonan Kelulusan Penerimaan Hadiah Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

8.

Dimanakah borang tersebut boleh didapati?

Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION).

9.

Bagaimanakah pemohon hendak mengetahui keputusan permohonan?

Urus setia adalah bertanggungjawab memaklumkan pemohon mengenai keputusan permohonan. Pemohon boleh merujuk urus setia bagi mengemaskini status permohonan.

10.

Adakah kelulusan yang diberikan terhadap permohonan kelulusan penerimaan hadiah bermaksud pemberian/penerimaan hadiah tersebut bebas daripada unsur-unsur rasuah?

Kelulusan yang diberikan terhadap permohonan kelulusan penerimaan hadiah kepada mana-mana penjawat awam tidak menghalang pihak berkuasa untuk mengambil tindakan jika terbukti berlakunya kesalahan jenayah di bawah mana-mana akta yang berkenaan.