Selamat Datang Ke Laman Web Jabatan Premier Sarawak
Bicara Eksekutif Integriti Sempena Hari Natal 2021

 


Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menganjurkan Bicara Eksekutif Integriti Sempena Hari Natal 2021 pada 15 Disember 2021.

Objektif program adalah untuk memupuk dan membudayakan nilai integriti di kalangan peserta, serta meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut agama.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh His Grace Archbishop Simon Poh dengan tajuk “Integrity Lessons from Christmas”.